Thursday, January 7, 2010


Tuesday, January 5, 2010

Koleksi barang-barang lama Cikgu Shukri.
Terdapat banyak lagi barang lain selain daripada
yang terdapat dalam blog ini. Sebenarnya saya
memang berminat dan telah menjadi hobi yang
tidak pernah terhenti. Saya mula mengumpul
barang-barang ini sejak di peringkat sekolah
menengah lagi. Barang-barang ini saya simpan
dan kumpul daripada emak, ayah, tok, tok wan,
tok nek, saudara mara dan banyak juga yang
saya beli dari orang perseorangan atau yang
dijual di kedai-kedai. Alatan lama ini juga saya beli
dari negara luar. Kebanyakan barang-barang ini
berusia lebih daripada 50 tahun hingga ada yang
melebihi 100 tahun. Saya juga telah menulis
sebuah buku berkaitan diri sendiri..........

alat di bendang

Cakuk padi, tajak, sabit, beliung, gunting,
kapak, pemukul, pecongkeh kelapa

senjata


Senjata warisan ayah, tok wan dan tok nek. iaitu pedang, keris, parang dan pisau. Selain itu terdapat juga keris dan pisau yang dibeli dari negara luar seperti indonesia dan Arab

barang pelbagai

Kepala burung kenyalang, pam minyak tanah,
kikir ekor pari, pemberat kati, tanduk kambing,
botol celak, bekas minyak spirit, buah sintuk
sikat tanduk, buah koka, batu jala, bekas gambir,
roda timba dan bulu landak

alat tukang

Putar ela, ketam kayu, gunting rambut,
penimbuk telur, lesung batu dan penekan
laksa

senjata

Pisau raut, kayu tas, pisau mengerat, lawi ayam
pisau cukur, banet dan pisau lain