Thursday, January 7, 2010


Tuesday, January 5, 2010

Koleksi barang-barang lama Cikgu Shukri.
Terdapat banyak lagi barang lain selain daripada
yang terdapat dalam blog ini. Sebenarnya saya
memang berminat dan telah menjadi hobi yang
tidak pernah terhenti. Saya mula mengumpul
barang-barang ini sejak di peringkat sekolah
menengah lagi. Barang-barang ini saya simpan
dan kumpul daripada emak, ayah, tok, tok wan,
tok nek, saudara mara dan banyak juga yang
saya beli dari orang perseorangan atau yang
dijual di kedai-kedai. Alatan lama ini juga saya beli
dari negara luar. Kebanyakan barang-barang ini
berusia lebih daripada 50 tahun hingga ada yang
melebihi 100 tahun. Saya juga telah menulis
sebuah buku berkaitan diri sendiri..........

alat di bendang

Cakuk padi, tajak, sabit, beliung, gunting,
kapak, pemukul, pecongkeh kelapa

senjata


Senjata warisan ayah, tok wan dan tok nek. iaitu pedang, keris, parang dan pisau. Selain itu terdapat juga keris dan pisau yang dibeli dari negara luar seperti indonesia dan Arab

barang pelbagai

Kepala burung kenyalang, pam minyak tanah,
kikir ekor pari, pemberat kati, tanduk kambing,
botol celak, bekas minyak spirit, buah sintuk
sikat tanduk, buah koka, batu jala, bekas gambir,
roda timba dan bulu landak

alat tukang

Putar ela, ketam kayu, gunting rambut,
penimbuk telur, lesung batu dan penekan
laksa

senjata

Pisau raut, kayu tas, pisau mengerat, lawi ayam
pisau cukur, banet dan pisau lain

duit


Wang kertas dan syiling yang di guna zaman Jepun, pemerintahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. Terdapat juga pelbagai duit dari beberapa negara luar.

duit kertas lama

duit Jepun

syiling lama

botol, cawan

buku

Buku bertajuk BAK-E 40, karya saya sendiri
berkaitan kisah hidup yang bermula dari cerita
cerita sebelum lahir; zaman kanak-kanak; zaman
persekolahan; kisah-kisah cinta; suka duka; keluarga
kerja; dan banyak lagi sehinggalah penulis mencapai
usia 40 tahun. Kisah penulisan secara berterusan dari
umur 16 tahun lagi...........

bab-bab yang terdapat

pinggan


Yang diguna sekitar tahun 1960-an

pinggan mangkuk


Pinggan mangkuk warisan keluarga

buku-buku dan piring hitam

buku-buku


Buku-buku sekolah dan umum sekitar tahun 1940-an hingga 1970-an

kamera lama dan songkok


kamera yang diguna sekitar tahun 1970-an

talam, mangkuk dan senduk tembaga

mangkuk-mangkuk

beg dan gergaji


**Beg peti zaman dahulu
**Gergaji tebang pokok, yang memerlukan dua orang sorong tarik.

kati dan tali pinggang wanita


Alat timbangan yang lebih kecil untuk barang yang tidak berat

lampu gaslin


Diguna sebagai lampu, biasanya dalam satu-satu majlis kenduri, cahayanya begitu terang. Menggunakan minyak gas /minyak tanah, sumbu mentol, dan minyak spirit. Perlu dipam beberapa lama sekali untuk memenuhi udara di dalamnya. Cahaya akan semakin malap jika tidak dipam.....

Monday, January 4, 2010

pikul, tombak dan akar kayu


**Alat timbang pikul yang diguna khasnya oleh petani sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an
**Lembing ini diguna oleh orang Melayu sebagai senjata zaman dahulu. Saya warisi lembing ini darpada Tok Nek lagi, mungkin usia lembing ini lebih daripada 100 tahun

arca kayu, serkap, gantang, topi tentera British, bekas tembaga


**Gantang sebagai alat menyukat besar, biasanya diguna oleh orang Melayu untuk menyukat beras zakat

**Topi besi tentera British semasa Perang Dunia Kedua

**Bekas tembaga berasal dari India
Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tentang barang-barang lama boleh contaks saya. Banyak lagi barang lain yang terdapat dalam simpanan. Saya juga masih mencari barang lama lain sebagai koleksi peribadi.

lampu cina, ketok, pelas nasi, tepak sireh

lampu cina, tembaga alat timbang pikul dan tanduk sapi


pemberat timbang daripada tembaga yang diguna untuk menimbang sesuatu khas padi

seterika


seterika ini menggunakan arang. Banyak digunakan pada sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an

pasu tanah liat

diguna mengisi garam / ikan pekasam sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an

kok dan pokang


Diguna pada kerbau sebagai sebahagian daripada alat menggala tanah bendang

ketok dan bekas air tentera British

alat muzik cina